Powered By Blogger
Showing posts with label Nukilan. Show all posts
Showing posts with label Nukilan. Show all posts

Thursday, October 27, 2011

Usia

Yang berusia itu, Lagaknya seperti tidak dimamah usia,
Mengerah tenaga selagi berdaya.
Tidak pernah mengeluh walaupun yang tinggal hanyalah
Sisa tenaga!

Yang muda belia,
Karenahnya mengalahkan yang berusia,
Tenaga muda belia langsung entah kemana,
Bikin malu sang belia,malas berusaha!

Yang muda remaja,
Ah! yang ini benar-benar menikmati usia remaja,
Ke sana ke sini terkinja-kinja,
Tidak kira siang mahupun senja.



Wednesday, June 8, 2011

Sabar

Sedang belajar bersabar,
Dengan orang yang kurang ajar,
Dengan orang yang tak terpelajar.

Sedang menahan sabar,
Walaupun dah tak tertanggung sabar,
Walaupun rasa kurang sabar lalu hilang sabar.



Bawak-bawaklah bersabar,
Bila yang dinasihat tak mahu dengar,
Dan selalu buat-buat tak dengar.

Teruskan lah bersabar,
Sabar,sabar,sabar.






p/s : Sabar itu sebahagian daripada iman. :)